Seorang wanita menaiki bas sambil mendukung bayinya. Tiba - tiba pemandu bas menegur : "Inilah pertama kali saya melihat bayi paling hodoh dalam hidup saya." Marah dengan sindiran tersebut, wanita itu mencampakkan duit tambang lalu beredar dengan muka masam mencuka. Seorang lelaki yang duduk bersebelahan Menyedari wanita itu diganggu lalu bertanya : "Apa yang dah berlaku ?".
"Pemandu bas itu menghina saya !" balas wanita berkenaan.
Lelaki itu kelihatan bersimpati.:" Dia tidak patut cakap bergitu
kepada penumpang, lebih-lebih lagi seorang wanita beranak kecil." Katanya.
"Betul kata awak tu, saya patut mengajarnya, "Balas wanita itu.
"Idea yang baik, pergilah …., biar saya dukung anak monyet awak tu !"
Kata lelaki tersebut.
Din dan Chong menaiki belon udara panas untuk menyeberangi Laut China Selatan. Selepas 37 jam di udara mereka tertanya-tanya di mana kedudukan mereka ketika itu. "Chong lebih baik kita terbang rendah sedikit, senang cam di mana kita berada," Kata Din. Tanpa berlengah Chong mengurangkan sedikit kandungan udara panas dalam belon. Dengan itu belon boleh terbang rendah di bawah awan dan dapat melihat permukaan bumi. "Eh ! masih tak jelaslah kita di mana. Cuba tanya lelaki di bawah itu," kata Din. "Saudara ! Sekarang kami ada di mana ?" Jerit Chong pada lelaki itu. Lelaki itu membalas balik, "Kamu berada dalam belon panas pada ketinggian 100kaki di udara." Chong memandang Din dan berkata, " Lelaki itu mesti seorang peguam." "Mana kamu tahu ?" tanya Din. "Nasihatnya 100% tepat tapi tak berguna," kata Chong.
Seorang pemuda cedera parah dalam satu kemalangan ngeri. Dia kehilangan kedua-dua telinganya dan merasa rendah diri atas kecacatannya itu. Dengan wang pampasan yang diterima, dia memulakan perniagaan. Dia kemudian bercadang mengambil pekerja sebagai pembantunya. Sesi temu duga pun bermula.Calon pertama melepasi semua ujian yang dijalankan kecuali soalan terakhir.
"Awak perasan tak ada sesuatu yang ganjil pada saya ?"Soalan terakhir pemuda itu.
"Oh .. awak tak ada telinga," kata calon tadi spontan.
Pemuda itu sedih dengan jawapan berkenaan dan menolak calon tersebut. Calon kedua lebih baik daripada calon pertama dan seperti sebelumnya pemuda itu akan bertanya soalan yang sama untuk mengakhiri temu duga. Tapi jawapan yang diterima sama seperti calon pertama. Hatinya bertambah sedih dan menolak permohonan tersebut.
Akhirnya dia berpuas hati dengan calon ketiga dan mengujinya dengan soalan yang sama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada muka saya?" Tanya pemuda itu
"Ya! Awak pakai kanta sentuh," jawab calon ketiga.
"Wow! Menarik tu, macam mana awak tahu ?" Tanya pemuda itu terkejut.
"Kerana awak tak boleh pakai cermin mata sebab tak ada telinga," balas calon itu sambil ketawa terbahak-bahak.
Tiga sahabat berbual-bual kosong sambil minum kopi. Mereka adalah penguam, akuantan dan suri rumah. Tiba-tiba seorang pemuda datang bertannya kepada mereka.
Pemuda : Kalau dicampurkan dua dengan dua, berapa jawapannya?
Suri rumah : Senang aja tu… tentulah empat.
Akauntan : Em..! Boleh jadi 3 atau 4, Nanti dulu, biar saya kira semula.
Peguam : Bergantung kepada berapa awak mahu (selamba).
Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.
Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.
Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan. "Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.
Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.
Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. Tanpa berlengah dai terus menelefon teksi. Sebaik teksi sampai, dia terus membuka pintu lalu menyerahkan alamat tempat kejadian kepada pemandu.
Orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemu bual beberapa jiran dan keluarga mangsa. Kemudian dia menghampiri seorang lelaki yang begitu asyik memerhatikannya bertugas.
"Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan kepda lelaki itu.
"Tidak," jawab lelaki tersebut.
"Mungkin ahli keluarga mangsa?" soal wartawan lagi.
"Tidak…saya tiada kaitan langsung dengan mangsa."
"Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini?" tanya wartawan lagi.
"Kerana saya adalah pemandu teksi yang bawa awak ke sini. Saya menunggu tambangnya yang belum dibayar," kata lelaki itu.